LaburSantai
peluang menambah pendapatan

Peluang Menambah Pendapatan Hanya Dari Rumah

Isi Kandungan :

Sebenarnya terdapat begitu banyak peluang menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat saban hari. Cuma antara sedar dan tidak sahaja yang membataskan segalanya.

Malah dengan hanya duduk di rumah sahaja, kita semua boleh menjana pendapatan tanpa perlu menanggung kos pergi balik dan minyak kenderaan.

Ada ke pekerjaan sedemikian rupa?

Jawapannya ada dekat bawah ni.

peluang menambah pendapatan
Kredit: Verst

1. Jual Barang-Barang Terpakai

Rakyat Malaysia dan shopping memang tidak boleh dipisahkan, ibarat aur dengan tebing.

Namun tak semua barang yang kita beli itu akan digunakan untuk selama-lamanya.

Jadi tak kan nak buang pula, mesti rugi.

Penyelesaian bagi masalah tersebut adalah dengan menjual kembali barang itu secara preloved.

Kalau tak tahu nak jual dengan mana, jangan risau sebab terdapat begitu banyak platform boleh diterokai seperti Carousell dan Shopee.

Maka tidak berlaku pembaziran dan secara tidak langsung memperoleh peluang menambah pendapatan.

2. Pakar SEO

Hari ini hampir kesemua syarikat sama ada konglomerat gergasi ataupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sudah beralih arah kepada digital.

Dekat sini, segala pekerjaan berkaitan digital memang sangat diperlukan.

Salah satunya adalah pakar SEO.

Apa tugas pakar SEO ini?

Mereka akan membantu syarikat untuk menganalisis trend pembaca terhadap sesuatu isu yang dikongsikan di sesebuah laman web atau media sosial.

Hasil daripada dapatan itu, mereka gunakan untuk menyumbang kemasukan iklan bagi menjana pendapatan syarikat.

Nak belajar SEO secara ringkas, boleh klik DI SINI

peluang menambah pendapatan
Kredit: Bonappetit

3. Jadikan Hobi Sebagai Pendapatan

Masuk sahaja hujung minggu, anda gemar untuk membuat pelbagai jenis kek dan sering kali berkongsi dengan rakan-rakan.

Menjelang raya pula, anda lebih gemar menjahit sendiri baju raya.

Apa yang boleh dapat buat untuk memperolehi peluang menambah pendapatan?

Jadikan hobi anda iaitu membuat kek dan menjahit sebagai pendapatan sampingan.

Mungkin anda boleh bermula dengan mengambil tempahan kek dan baju daripada rakan-rakan terdekat.

Apabila sudah konsisten, barulah besarkan skop tempahan.

Selepas itu boleh pergi ke fasa lebih serius jika mahu kembangkan hobi sebagai perniagaan.

4. Menulis Blog

Disebalik begitu banyak konten murahan tular, sebenarnya rakyat Malaysia sangat dahagakan konten berbentuk ilmu pengetahuan yang mudah difahami.

Hal ini demikian kerana kebanyakkan perkara tentang ilmu pengetahuan ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang sukar difahami.

Kebetulan pula anda miliki ilmu dalam sejarah, ekonomi ataupun repair kereta, apa kata kongsikannya melalui blog.

Pada mulanya agar sukar tapi jika sudah konsisten disamping ramai pengunjung blog, pendapatan akan mula dijana.

peluang menambah pendapatan
Kredit: Amex Citi

5. Melabur

Terdapat seorang individu yang hanya melabur sahaja boleh menjadi antara 10 orang terkaya di dunia iaitu Warren Buffet.

Apa yang boleh dicontohi?

Anda ada simpanan tapi duit itu tak berkembang dan inflasi semakin meningkat.

Jadi untuk pastikan nilai tak jatuh, anda boleh melabur.

Macam mana nak melabur?

Cara paling senang, simpan duit anda di ASB ataupun Tabung Haji.

Selain itu anda juga boleh melabur di GO+ ataupun Wahed Investment.

Kalau nak untung besar, boleh terokai sendiri instrumen saham yang lain seperti unit amanah dan bon.

Kesimpulannya, rebutlah segala peluang menambah pendapatan di depan mata selagi mana hayat masih dikandung badan. Jangan sampai wang menjadi senipis iman, barulah kita kelam-kabut untuk mencari pendapatan sampingan.

Di samping boleh membantu meringankan sedikit kos sara hidup, pendapatan sampingan boleh dijadikan simpanan di masa hadapan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.