LaburSantai
maksud gharar

Pemahaman Tentang Gharar

Isi Kandungan :

Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara utama  yang dilindungi oleh kontrak atau timbul ‘ketidakpastian’ di mana kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atau tersembunyi.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

(Surah An-Nisa, Ayat 29)

Tujuan Islam melarang elemen Gharar adalah untuk mengelakkan berlaku ketidakpastian dan ketidakadilan dalam urusan seharian (contoh urusan kewangan).

Gharar terbahagi kepada tiga jenis.

  1. Gharar Fahish : Ketidakpastian yang keterlaluan.
  2. Gharar Yasir: Ketidak pastian yang remeh.
  3. Gharar La Yumkin Ihtiraz’Ahnu: Ketidakpastian yang tidak boleh dielakkan.
CakapWang Jenis-Jenis Gharar.png

Transaki perniagaan mestilah jelas seperti apa yang termaktub dalam perjanjian perniagaan. Membeli barangan secara online juga terdedah dengan elemen gharar.

Apabila membeli barang, dinyatakan bahawa barangan akan sampai dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja. Diikutkan, tempoh ini tidak tetap. Boleh jadi 1 hari sahaja, atau 2 hari, 3 hari atau lebih daripada tempoh itu. Rasa ketidakpastian itu ada. Akan tetapi, ketidakpastian ini terlalu remeh. Ini kerana sistem hari ini membenarkan pembeli barang memeriksa pergerakan barang (tracking). Gharar ini terlalu kecil.

Dalam transaksi berpandukan Syariah, keadaan ketidakpastian keterlaluan wajib dihindarkan. Contoh klasik memahami apa itu gharar ialah:

  •             Menjual burung dilangit.
  •             Menjual ikan dilaut.
  •             Menjual anak lembu masih dalam perut ibunya.

Topik seterusnya: Pemahaman Tentang Maysir

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.