LaburSantai
pendapatan pasif tanpa modal

Pendapat Pasif Tanpa Modal: 5 Pekerjaan Yang Boleh Diceburi

Isi Kandungan :

Ingat tak dulu ada seorang ahli politik pernah cakap, rakyat Malaysia perlu buat dua kerja. Ketika itu ramai anggap kita kena jual burger lepas habis kerja. Tapi sebenarnya ada betulnya kerana hari ini terdapat begitu banyak pekerjaan yang tawarkan pendapatan pasif tanpa modal.

Jadi kepada anda yang setiap hari dihimpit oleh masalah kekurangan duit, mungkin 5 pekerjaan ini dapat membantu anda menjana pendapatan pasif.

1. Dropship

Sebagai seorang dropshipper, kerja anda mudah sahaja iaitu memasarkan produk syarikat lain dan uruskan komunikasi bersama pelanggan. Bagaimana pula dengan servis penghantaran?

Perkara itu, syarikat akan uruskan. Jadi anda hanya perlu mantapkan diri dalam pemasaran dan komunikasi bagi menarik lebih ramai pelanggan lantas mendapatkan komisen.

pendapatan pasif tanpa modal
Kredit: Successlocal

2. Penulis

Mungkin ramai yang ingat jadi penulis ini hanya semata-mata menulis buku, majalah ataupun surat khabar.

Tapi sebenarnya bekerja sebagai seorang penulis lebih besar daripada itu malah bisa menjana pendapatan pasif tanpa modal.

Macam mana tu?

Jadilah penulis artikel dengan perkemaskan lagi skill penulisan dan membina portfolio bagi menarik minat portal-portal di luar.

Jangan terkejut jika dengan hanya dengan 1 artikel anda dapat menjana sebanyak RM400.

Cuba bayangkan jika anda konsisten menghasil 5 artikel seminggu, banyak untung yang boleh didapatkan.

3. Pemasaran Afiliasi

Pernah tengok tak dekat media sosial, terdapat beberapa orang yang sering kongsikan kebaikan produk tertentu lantas meletakkan pautan di akhir perenggan dengan ayat seakan-akan mengajak untuk membeli?

Ya itulah yang dipanggil sebagai pemasaran afiliasi.

Afiliasi berfungsi apabila anda sebagai pihak ketiga memasarkan produk daripada syarikat tertentu melalui pelbagai platform.

Macam mana boleh dapat untung?

Setiap kali orang mengklik pautan dan membeli produk, anda akan diberikan komisen oleh pihak syarikat.

Paling menarik sekali, komisen yang diberikan boleh mencapai setinggi 60%.

Dengan hanya telefon pintar dan sedikit ilmu pemasaran, anda sudah dapat untung.

Nak tahu lebih lanjut tentang pemasaran afiliasi, boleh baca DI SINI

4. Tutor Online

Anda pelajar cemerlang zaman sekolah dahulu dan hari ini kecemerlangan itu tak dapat bantu anda dapat kerja lebih baik?

Apa kata anda gunakannya untuk menjana pendapatan pasif tanpa modal.

Senang sahaja caranya, tawarkan tutor atau tusyen secara dalam talian kepada pelajar sekolah.

Jadi dengan hanya duduk rumah dan air liur, anda akan memperolehi pendapatan sampingan tanpa perlu bersusah payah.

Duit itu anda boleh simpan untuk kejadian tidak dijangka di masa hadapan.

Baca juga Tips Menyimpan Wang: Cara Bijak Simpan Wang Dengan Berkesan

pendapatan pasif tanpa modal
Kredit: Kodum

5. Content Creator

Ramai yang cakap buat content ni susah dan perlu modal besar untuk beli segala peralatan.

Salah sebenarnya kerana anda boleh buat content pada waktu anda baca artikel ini.

Mudah sahaja dengan iphone 5s, sedikit masa dan ilmu pengetahuan, anda boleh buat content.

Sebagai contoh, anda merupakan pakar sepakan percuma lantas boleh mulakan content dengan cara-cara menyepak bola yang betul.

Selepas itu anda bercerita pula tentang sepakan yang lebih klinikal dan teknikal.

Video-video itu tadi anda boleh muat naik di Tiktok untuk mendapatkan engagement.

Selepas sudah dikenali, ketika itu anda dapat menjana keuntungan.

Kesimpulannya, banyak sebenarnya pekerjaan yang menawarkan pendapatan pasif tanpa modal selain 5 di atas. Jadi selepas ini, usahlah membentak dengan menyatakan modal besar diperlukan untuk buat kerja lain.

Kita semua kena ingat, di masa ada jalan, di situ ada highway.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.