a wide variety http://www.rolex-replica.me/.

high quality swiss cheap replica watches hot sale.

we also offer other high quality rolex replicas swiss made.
LaburSantai
penjual ayam

Penjual Ayam Dan Keluk Penawaran

Isi Kandungan :

Dalam artikel kali ini kita akan berdiskusi mengenai keluk penawaran ataupun lebih dikenali sebagai supply curve.

Kalau nak tahu supply curve itu apa, anda boleh klik Di Sini untuk baca dan hadamkannya.

Secara asasnya supply curve mewakili tindakan peniaga serta produk yang mampu dijual pada harga berbeza tetapi sama kuantitinya dan lebih untung.

Kalau anda sudah tahu mengenai demand curve, tak susah untuk anda faham bagaimana cara supply curve bekerja. Masih lagi tak faham, sila lihat jadual di bawah.

Harga (RM)Kuantiti Yang Terjual (Ekor)Produk
RM320Ayam
RM640Ayam
RM1280Ayam

Berdasarkan jadual di atas, katakanlah anda adalah seorang penjual ayam di Sungai Lui, Negeri Sembilan.

Anda tahu di sana, anda boleh mendapatkan keuntungan walaupun menjual ayam dengan harga murah ataupun mahal.

Katakanlah satu hari tu anda ingin menjual ayam dengan harga murah kerana tarikh luputnya bakal menjelang tiba.

Kalau simpan, anda akan rugi dan terpaksa dibuang.

Maka anda pun jual ayam tersebut dengan harga RM3 bagi setiap ekor.

Bagi mengelakkan stok habis dengan cepat, anda melimitkan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli seekor ayam sahaja.

Dalam masa sehari, 20 ekor ayam berjaya anda jual lantas menyelamatkan anda daripada kerugian.

Beberapa bulan selepas itu, anda telah bertindak menjual ayam dengan harga sedikit mahal kerana hari raya bakal tiba.

Apa yang peliknya anda berjaya menjual 80 ekor ayam dalam masa sehari walaupun berharga RM80.

Kenapa boleh jadi macam gitu pula? Bukan ke sepatutnya harga rendah ramai beli dan harga tinggi kurang pembeli?

Inilah dikatakan sebagai supply curve.

Anda sebagai penjual ayam menawarkan berapa banyak ekor ayam yang dimahukan.

Apa-apapun semuanya bergantung kepada kesediaan anda menawarkan harga tersebut atas beberapa sebab.

Kalau masih tak faham juga, saya sediakan graf.

Melalui draf ini anda perlu baca supply curve melalui cara menegak dan mendatar.

Garisan mendatar dalam graf tersebut memberitahu kita berapa ekor ayam yang terjual pada setiap harga.

Sebagai contoh, 40 ekor ayam berjaya dijual ketika harganya menjadi RM6.

Garisan menegak pula menyatakan harga yang mampu ditawarkan oleh peniaga dengan beberapa jumlah ayam terjual.

Sebagai contoh, 80 ekor ayam berjaya dijual walaupun berharga sekitar RM12.

Dekat mana supply curve?

Apabila titik 20, 40 dan 80 disambung, maka muncul supply curve yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

Daripada semua ini nanti akan terbitlah lebihan pengeluar.

Lebihan pengeluar tu apa? Nak tahu, tunggu artikel seterusnya.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.

www.buyrolexreplicawatchess.com

luxurywatch.io will be your best choice watches.

https://www.swissreplicas.co/ are all found here.