LaburSantai
kewangan syariah

Perbezaan Perancangan Kewangan Konvensional & Syariah

Isi Kandungan :

Setiap orang pasti akan merancang kewangan sendiri. Gagal merancang sebaik-baiknya, itu adalah langkah untuk merancang kepincangan kewangan sendiri. Bidang perancangan kewangan sudah lama bertapak di dunia ini. Akan tetapi, banyak konsep samada melalui buku, seminar atau bengkel masih berkiblatkan mazhab perancangan kewangan secara konvensional.

Di Malaysia, banyak aktiviti-aktiviti dilaksanakan oleh institusi tertentu mahu memartabatkan kewangan Islam. Dalam era kini, sudah ramai membuka mata dan menerima perancangan kewangan secara Islam. Cabarannya pula adalah mendidik masyarakat perbezaan ketara antara perancangan secara konvensional dan secara Islam.

1. Tempoh Masa

Tempoh masa bagi seorang Muslim bukan sampai nafas terakhir sahaja. Dalam Rukun Iman yang Enam, telah menggariskan keimanan terhadap alam akhirat. Oleh itu, sebagai seorang Muslim perlu beriman terhadap kewujudan alam seterusnya.

Disebabkan ini, kesinambungan pengurusan dan perancangan kewangan tidak terhad pada usia kehidupan sahaja. Ianya melangkaui dua alam; alam dunia (kehidupan) dan alam akhirat (kematian).

Proses pengurusan kewangan hari ini (konvensional) boleh dikatakan ikut cara Barat – hanya sampai nafas terakhir sahaja. Tidak memikirkan kesinambungan apa yang berlaku sudah mati kelak. Perancangan kewangan cara begini hanya fokus kepada apa yang berlaku ketika hidup sahaja. Walhal, apabila seorang bapa meninggal dunia bakal meninggalkan keluarga tanpa sumber kewangan yang kukuh dan hutang-piutang adalah satu perkara patut dielakkan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” 

(Hadith Sahih – Riwayat Muslim) 

Sebagai Muslim, urus kewangan berterusan hingga ke alam seterusnya. Kita menyimpan, melabur, ada takaful, dana persaraan, zakat bukan untuk kita sahaja. Tapi untuk siapa kita tinggalkan melalui waqaf, hibah, wasiah atau Faraid.

2. Cara dan Matlamat

Indahnya Islam ini telah mengajarkan semua aspek kehidupan berpandukan ajaran kitab Al-Quran dan hadis. Dari soal perkahwinan, hidup bermasyarakat, kerohanian dan soal muamalat. Setiap perkara mestilah berlandaskan Syariah. Tidak boleh ambil semberono tanpa memikirkan larangan dan haram.

Jesteru itu, dalam soal kewangan berpandukan Syariah telah menggariskan bahawa perlu bebas dari tiga elemen ini. Secara ringkas maksud elemen-elemen ini.

CakapWang Elemen Perlu Dielakkan.png
  • Riba : Tambahan dalam nilai asal sesuatu urusan.
  • Gharar : Tidak jelas atau ketidakpastian dalam sesuatu perjanjian.
  • Maysir : Perjudian. Elemen judi perlu dihindari dalam urusan kewangan.
Ketiga-tiga elemen ini perlu bebas dalam kewangan berlandaskan syariah.

3. Mencapai Al-Falah

Seperti dijelaskan sebelum ini, mengurus kewangan bukan semata-mata untuk membuat untung demi kemewahan diri kita sahaja.

Islam menuntut kita menggunakan harta-harta yang dianugerahkan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat kelak.

CakapWang Al Falah

Topik seterusnya: Maksud Riba Dalam Islam

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.