sosialisme

Perbezaan Perancangan Kewangan Secara Kapitalisme, Sosialisme & Islam

Isi Kandungan :

Sebelum memahami konsep perancangan kewangan secara Islam, kenali dulu konsep Kapitalisme & Sosialisme.

Konsep Kapitalisme mengatakan bahawa harta yang dimiliki adalah harta kita secara mutlak dan tiada siapa berhak ke atas harta tersebut. Keuntungan adalah segala-galanya dalam kapitalisme. Oleh itu, tidak menghiraukan bagaimana cara mendapatkan keuntungan tersebut.

Manakala, konsep Sosialisme menidakkan pemilikan harta yang dimiliki oleh orang lain, walaupun individu tersebut telah berusaha mendapatkannya. Soal keuntungan tidak menjadi isu dalam konteks socialisme. Keuntungan perlu diberi kepada satu pihak sahaja (contoh, negara) dan dibahagikan walaupun ada pihak yang tidak terlibat dalam satu produktiviti.

Dalam kewangan Islam, kita perlu faham bahawa kita berhak ke atas harta itu tapi pemilikan harta itu bukan mutlak. Kita berhak mengguna pakai untuk manfaat dan sentiasa beringat bahawa harta diberi itu milik sebenar-benarnya adalah milik Allah SWT.

Segala urusan perlulah dipandukan pada batas Syariah. Keuntungan diperolehi dibahagikan mengikut perjanjian seperti konsep Mudharabah atau konsep Musyarakah. Di sini, boleh lihat keuntungan itu boleh dinikmati bersama. Jika berlaku kerugian pula, tidak hanya bergantung pada satu pihak bersaja.

Kapitalisme

  • Harta yang dimilik adalah mutlak.
  • Keuntungan adalah paksi utama.
  • Tidak hirau cara digunapakai asalkan mencapai matlamat.

Socialisme

  • Harta perlu dikongsikan walaupun ada beberapa individu berusaha.
  • Keuntungan bukan paksi utama dan milik satu pihak (contoh; negara).
  • Individu tidak berusaha bersungguh-sungguh boleh menikmati hasil bersama-sama.

Islam

  • Harta adalah mutlak milik Allah, harta adalah amanah oleh Allah kepada manusia semata-mata.
  • Keuntungan dan kerugian dikongsi bersama-sama mengikut akad (contoh; Musyarakah atau Mudharabah)
  • Perlu mengikut batas-batas ketetapan Syariah.

Topik seterusnya: Perbezaan Perancangan Kewangan Konvensional & Syariah

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.