kfc

Perubahan Pendapatan, Kepci Dan Keluk Permintaan

Isi Kandungan :

Ingat tak masa akhir tahun 2018 dulu, harga ayam Kepci tiba-tiba naik.

Bayangkan je lah set snack plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30.

Kenaikan ini sememangnya memberikan ketidakpuashatian kepada rakyat.

Hal ini ditambah pada tahun 2018, kita pernah menikmati snack plate yang berharga murah kerana kerajaan telah membatalkan cukai GST.

Penurunan dan kenaikan harga dalam tahun yang sama memberi kesan begitu dalam kepada rakyat terutamanya.

Hari ini harga snack plate naik lagi daripada RM15.30 kepada RM16.90.

Tapi apa yang peliknya, menu snack plate daripada KFC ini tetap mendapat permintaan tinggi daripada rakyat jelata.

Malah KFC juga tersenarai sebagai antara restoran makanan segera terlaris di Malaysia.

Bukan itu sahaja, KFC pernah buat promosi 2 snack plate berharga RM20 dan 3 snack plate berharga RM33, masih lagi ada yang beli sehingga sold out.

Kenapa boleh jadi macam gitu pulak?

Kenapa Kepci Masih Mendapat Permintaan?

Dekat sinilah demand curve berfungsi.

Kalau anda sudah baca artikel yang lepas mesti anda sudah memahaminya.

Masalahnya sekarang kenapa harga dah naik pun, kita masih lagi mahu membeli dan menikmati snack plate?

Ada dua jawapan iaitu perubahan pendapatan dan pertambahan populasi.

Rasanya, pendapatan atau gaji dekat Malaysia ni dari dulu sampai sekarang sama je, tak naik dulu.

Ok tunggu dulu. Ingat tak masa 2018 dulu kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan paras gaji minimum daripada RM900 kepada RM1200.

Jadi bila paras gaji meningkat, makin ramai rakyat yang mampu makan snack plate.

Mungkin contoh di atas ada sesetengah orang anggap tidak logik ataupun terlalu idealistik. Ok kita kembali ke era 1990an.

Ketika itu, paras gaji minimum sangat rendah dan makanan seperti KFC sangat sukar dinikmati oleh rakyat biasa.

Di sebabkan itu, kita perlu menunggu awal bulan untuk nikmatinya.

Jika tidak mampu sekalipun, kita akan nikmatinya sebagai juadah hari kelahiran ataupun hadiah kecemerlangan.

Walau bagaimanapun, hari ini sudah berbeza apabila kita semua boleh nikmati KFC pada bila-bila masa sahaja.

Dah fahamkan contoh tu?

Jadi perubahan pendapatan sememangnya membantu sesebuah produk itu terus mendapat permintaan.

Bagaimana pula dengan pertambahan populasi?

Tunggu di artikel seterusnya.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.