LaburSantai
populasi

Perubahan Populasi Dan Turun Naik Permintaan

Isi Kandungan :

Ketika akhir era 80an dulu, telah berlaku satu ledakan perindustrian di Pasir Gudang Johor.

Hal ini membuatkan anak-anak muda dari serata negeri dan daerah berlumba ingin ke sana untuk merebut peluang pekerjaan.

Kehadiran ramai orang juga menyebabkan Pasir Gudang suatu masa dahulu menjadi kawasan yang memiliki migrasi tertinggi di Malaysia.

Jadi apa kaitan Pasir Gudang dengan perubahan populasi bikin permintaan semakin menurun?

Macam yang saya cakap tadi anak muda dari serata daerah dan negeri pergi ke Pasir Gudang untuk mencari peluang pekerjaan.

Kebanyakkan daripada mereka berasal daripada kawasan luar bandar seperti Benut dan Temerloh contohnya.

Apabila mereka semua bermigrasi ke Pasir Gudang, berlaku perubahan populasi di tempat asal mereka.

Secara tidak langsung beberapa produk juga akan mengalami pengurangan permintaan jika populasi berubah kerana migrasi.

Perkara ini juga terjadi kepada Pasir Gudang apabila kawasan yang pada asalnya dihuni oleh masyarakat perkampungan nelayan telah padat dengan golongan pekerja.

Perubahan populasi ini sekaligus membuatkan permintaan terhadap beberapa produk meningkat di sana. Jadi tak hairanlah apabila begitu banyak kedai baru telah dibina.

Malah restoran makanan segera seperti KFC dan Macdonald juga telah dibuka di sana pada awal tahun 2000.

Seiring waktu, Pasir Gudang semakin membangun dan pertambahan penduduk membuatkan ianya sudah dikenali sebagai sebuah bandar raya hari ini.

Apa pula terjadi kepada tempat asal para pekerja yang bermigrasi ke Pasir Gudang pada hujung era 80an?

Macam yang saya cakap tadi, tempat asal mereka mengalami perubahan populasi hingga menyebabkan permintaan berkurangan.

Walau bagaimanapun, perkara seumpama itu seperti sudah mampu diatasi apabila migrasi daripada luar bandar ke bandar tidak seaktif dahulu.

Hal ini dapat dibuktikan dengan begitu banyak pekan kecil berjaya dibangunkan sehingga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Terdapat juga beberapa pekan kecil yang berjaya mendapatkan status bandar ekoran daripada pertambahan mendadak populasi.

Apabila populasi bertambah, maka permintaan terhadap barangan keperluan dan kehendak juga akan meningkat.

Beberapa buah jenis kedai juga perlu dibuka untuk memenuhi keperluan dan kehendak penduduk setempat.

Hal seumpama ini, kita semua boleh lihat dengan pembukaan KFC dan Macdonald di pekan kecil seperti Simpang Renggam & Kerayong.

Apa yang boleh disimpulkan adalah sesebuah kawasan akan mampu membangun jika berlakunya pertambahan populasi kerana adanya peluang pekerjaan.

Tapi ada lagi satu perkara yang boleh buat permintaan terhadap sesebuah produk itu naik dan turun.

Nak tahu? Tunggu artikel seterusnya.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.