LaburSantai
sambal penyet

Sambal Penyet Dan Faktor Turun Naik Kos

Isi Kandungan :

Dalam artikel yang lepas, saya ada beritahu bahawasanya turun naik kos mempengaruhi penawaran.

Hari ini saya akan bincangkan dengan lebih detail apa itu faktor turun dan naik kos penghasilan sesebuah produk tersebut.

Pernah tak ada teringin nak makan sambal penyet, maka anda pun buat sendiri dekat rumah.

Dengan kos RM10, anda dapat buat sambal penyet yang boleh disimpan dalam bekas sederhana besar.

Beberapa bulan lepas itu, anda teringin lagi nak makan sambal penyet tapi tak ada masa nak buat sendiri.

Anda pun capai telefon pintar untuk mencari sambal penyet di shopee.

Apa yang memeranjatkan adalah harga sambal penyet di shopee agak mahal berbanding buatan sendiri.

Malah untuk balang kecil sahaja harganya sudah mencecah RM12.50.

Hal ini menjadi persoalan kepada anda, kenapa harga sambal penyet itu mahal?

Jawapannya mudah iaitu penggunaan teknologi.

Macam mana penggunaan teknologi boleh buat harga sambal penyet jadi mahal pula?

Cuba perhatikan, biasanya kita masak sambal ini menggunakan kuali biasa sahaja di rumah sebab mahu makan dalam kuantiti sedikit.

Hal ini berbeza dengan peniaga di luar sana kerana mereka perlu menghasilkan sambal penyet dalam kuantiti yang agak besar.

Kalau mahu masak guna kuali dengan kuantiti yang banyak, pasti akan jadi renyah.

Jadi mereka perlukan pengunaan teknologi untuk melicinkan semua urusan. Untuk mendapatkan mesin memang perlukan kos yang agak besar dan dicampur dengan maintenance setiap bulan.

Lepas ni jangan rasa pelik apa-apa makanan yang kita buat sendiri lebih murah daripada beli di luar kerana mereka gunakan teknologi.

Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi juga terpakai dalam penghasilan baka buah-buah hibrid.

Sebagai contoh, kita semua tahu durian baka musang king adalah paling terbaik sekali yang pernah wujud di Malaysia.

Walau bagaimanapun tahukah anda, pihak MARDI telah menghasilkan durian hibrid melalui persemendaan baka  D24 dan D10.

Dikatakan baka baru durian hibrid itu mampu menandingi kualiti yang dimiliki oleh musang king.

Apa-apapun, baka durian hibrid belum lagi dikomersialkan penanamannya secara besar-besar.

Turun dah naik kos penanamannya perlu dilihat melalui daya tahan pokok dan tahap kesukaran menjaga buah.

Jika pokoknya lasak seperti durian kampung dan rasa enak seperti musang king, pasti harganya agak murah.

Selain daripada penggunaan teknologi, ada lagi ke faktor yang buat kos penghasilan produk akhir senantiasa turun dan naik?

Ada dan kalau nak tahu, boleh tunggu artikel seterusnya.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.