sunk cost

Sunk Cost Fallacy. Kenapa Manusia Meneruskan Aktiviti Yang Merugikan?

Isi Kandungan :

Saya pernah tweet tentang sunk cost Fallacy seperti di bawah:

sunk cost 2

Dalam artikel ini saya akan terangkan topik ini dengan lebih mendalam.

Pertama sekali, kita perlu fahamkan terlebih dahulu apa maksud sunk cost. Sunk cost adalah perkara telah dilaburkan (masa atau duit) yang tidak boleh didapatkan semula.

Manakala sunk cost fallacy pula adalah tindakan kita meneruskan aktiviti, perkara atau perancangan hanya disebabkan kita telah laburkan duit atau masa kita walaupun perkara tersebut tidak akan mendatangkan sebarang hasil malah boleh merugikan kita.

Antara contoh yang masyhur adalah kisah kapal terbang Concorde, kapal terbang komersial terpantas dunia.

concorde

Pada tahun 1956 British dan Perancis melabur $100 juta dalam projek Concorde ini. Walau bagaimanapun, Concorde gagal membuat keuntungan. Kos penerbangan lebih tinggi daripada jualan tiket.

Tapi disebabkan sejumlah besar wang telah dilaburkan, penerbangan masih diteruskan sehinggalah akhirnya tamat pada tahun 2003.

Ini ada beberapa contoh lain.

  1. Menonton filem di pawagam walaupun cerita tersebut tak best lansung. Tapi sebab dah bayar kan, kenalah tengok juga. Hakikatnya anda dah bazirkan 2-3 jam. Keluar pawagam stress sebab cerita tak best.
  2. Tak cut-loss pelaburan dan masih menaruh harapan ia akan naik semula (walaupun setelah membuat analisa anda tahu dah tiada harapan). Tindakan rasional adalah untuk jual dan cari peluang pelaburan lain.
  3. Katakan anda seorang pemilik bisnes. Anda beli software bernilai RM5,000 untuk tambah baik proses penjualan. Selepas sebulan pakai, anda dapati software tersebut tak sesuai dengan bisnes anda. Tapi anda tetap nak pakai software tu sebab anda dah laburkan banyak duit.

Dan banyak lagi contoh lain yang anda boleh jumpa dalam kehidupan anda.

Disebabkan sunk cost fallacy ini, kita membuat keputusan yang tidak rasional. Sepatutnya kita fikirkan apa cost dan benefit di masa hadapan, bukan apa berlaku di masa lampau.

Macam contoh pertama di atas. Kita dah beli pun tiketnya, buat macam mana pun kita tak boleh refund semula tiket tersebut.

Cara berfikir yang rasional adalah bagaimana kita nak luangkan masa 2-3 jam tersebut dengan lebih baik. Tonton movie yang bosan atau pergi buat aktiviti lain yang lebih menyeronokkan?

Kalau anda teruskan tonton movie, anda akan stress selepas menontonnya. Kalau anda buat aktiviti lain, kemungkinan besar anda akan lebih gembira. Mana satu patut anda buat?

Kenapa kita boleh terperangkap dalam sunk cost fallacy?

Salah satu sebabnya adalah manusia lebih cenderung untuk mengelak kerugian berbanding mencari keuntungan. Ini adalah salah satu daripada cognitive bias yang dikenali sebagai loss aversion.

Dari sudut psikologi, kesakitan disebabkan kerugian atau kehilangan sesuatu adalah 2 kali ganda lebih tinggi berbanding kegembiraan disebabkan keuntungan atau mendapat sesuatu. Atau dalam bahasa mudahnya, kita rasa lebih baik tak rugi RM20 berbanding dapat RM20.

Kita rasa lebih baik kita tak hilang RM10 duit tiket berbanding kita dapat pengalaman lebih baik daripada aktiviti lain.

Lebih tinggi amaun duit yang dibelanjakan, lebih banyak masa yang dilaburkan, lebih berat kita nak tinggalkan sesuatu. Kita akan rasa “rugi la aku dah spend banyak masa kat sini, aku kena teruskan”, “takkan aku nak biar je, aku dah bayar RM30 kot”.

Jadi selepas ini bila nak buat satu-satu keputusan, jangan ambil kira sunk cost. Yang dah lepas biarkan berlalu. Fokus pada analisa cost and benefit di masa hadapan

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.