LaburSantai

Takaful Sebagai Pelaburan?

Isi Kandungan :

“Ambillah takaful 3 dalam 1, sekali dengan pelaburan, takde la membazir ambil takaful, ada juga simpanan nanti.”

Mesti biasa dengar, bukan ayat di atas? Ayat yang sering digunakan dalam promosi-promosi takaful. Memang benar ada produk takaful 3 dalam 1, dalam satu pakej ada pampasan kematian, kad perubatan dan juga pelaburan.

Jika kita ambil produk takaful pelaburan (juga dikenali sebagai takaful 3 dalam 1), caruman kita akan dibahagikan kepada dua bahagian, satu untuk perlindungan dan satu lagi untuk pelaburan.

Contohnya, kita bayar RM150 untuk satu pakej takaful pelaburan. RM100 akan pergi ke tabung sumbangan (untuk perlindungan dan kad perubatan) dan RM50 lagi akan dimasukkan ke dalam tabung pelaburan. Konsep tabung pelaburan di sini adalah seperti amanah saham.

Adakah jumlah pulangan dijamin?

Dalam pelaburan yang berlandaskan syariah, tiada jaminan keuntungan.

Selain itu, nilai dalam tabung pelaburan anda juga boleh berkurang apabila kos tabaruk meningkat. Kos tabaruk akan meningkat mengikut usia, jadi tidak hairanlah jika nilai tunai dalam pelaburan anda dalam takaful juga semakin berkurang.

Apabila nilai tunai dalam pelaburan tidak lagi mampu menampung kenaikan kos tabaruk, kemungkinan caruman bulanan juga akan meningkat.

Pelaburan dalam takaful hanyalah sebagai ciri tambahan sahaja. Fungsinya supaya pencarum tidak rasa terbeban dengan kenaikan kos tabaruk. Ia bukanlah sebagai pelaburan yang sebenar.

Berbaliklah kepada fungsi asal takaful, iaitu perlindungan. Bank Negara Malaysia sendiri sudah memberi peringatan bahawa takaful adalah perlindungan bukannya simpanan atau pelaburan.

Tidak salah untuk mengambil produk takaful 3 dalam 1. Namun, anda perlu tahu bahawa tabung pelaburan tersebut bukanlah fokusnya memberikan pulangan, tetapi lebih kepada menampung kenaikan kos tabaruk. Jika ada tunai setelah polisi takaful matang, itu hanyalah BONUS.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.