LaburSantai
cara menyimpan wang

Tips Menyimpan Wang: Cara Bijak Simpan Wang Dengan Berkesan

Isi Kandungan :

Hari ini ramai orang sudah mula buat simpanan tetapi ada yang rasa terbeban ekoran komitmen asyik menekan. Jadi kita pasti perlukan tips menyimpan wang yang berkesan bagi menjadikan perbuatan itu satu keseronokan.

Namun kita harus faham juga dengan keadaan gaji minimum yang menyedihkan, amat sukar untuk kita buat simpanan.

Apa-apapun ada caranya.

tips menyimpan wang
Kredit: Credit.org

1. Dana Kecemasan

Data dari Bank Negara Malaysia menunjukkan 75% rakyat Malaysia tidak punyai simpanan walau RM1000 sebagai dana kecemasan.

Jadi apa tips menyimpan wang paling berkesan untuk memberi penyelesaian kepada 75% rakyat Malaysia ini?

Dapat sahaja gaji, potong terus 20% untuk dimasukkan ke dalam dana kecemasan. Bakinya pula barulah kita gunakan untuk membayar segala komitmen.

Kalau rasa 20% daripada gaji itu terlampau banyak, simpanlah RM100 sebulan. Tidak mampu juga, RM50 pun boleh. Masih lagi tak mampu? Simpanlah RM1 sebulan.

2. Simpan Di Tempat Duit Tidak Boleh Dikeluarkan

Orang selalu cakap, kita simpan banyak macam mana sekalipun pasti akan terguna juga duit itu. Perkara sedemikian terjadi kerana kita meletakkan duit di tempat mudah untuk dicapai.

Sebagai contoh kita simpan duit di dalam tabung ayam dan akaun bank.

Jadi apa caranya?

Kita boleh menyimpan wang di instrumen pelaburan seperti ASB dan Tabung Haji. Kita bukan sekadar menyimpan sahaja malah dapat memberanakkan duit melalui dividen yang diperolehi setiap bulan.

Senang cerita, simpan duit pun boleh dapat untung.

Kalau nak menabung di Tabung Haji, boleh daftar DI SINI

3. Buat Kerja Sampingan

Dengan gaji minimum yang tak logik, maka susahlah nak simpan duit. Namun apa boleh buat, itu di luar kawalan kita.

Penyelesaiannya, boleh jadikan hobi atau kemahiran kita yang lain sebagai kerja sampingan.

Mungkin kerja hakiki anda di pejabat tapi anda berkebolehan untuk membaiki komputer. Jadi gunakan wang hasil dari membaiki komputer sebagai simpanan tetap.

Selepas ini tiada alasan lagi untuk menyimpan.

Kredit: Vulcan Post

4. Catat Perbelanjaan

Antara tips menyimpan wang paling penting sekali adalah kita mesti mencatat setiap perbelanjaan yang keluar. Macam mana nak buat?

Mudah sahaja, simpan kesemua resit perbelanjaan anda dalam masa sebulan lalu anggarkan berapa bajet yang diperlukan.

Jika cara ini susah, anda boleh gunakan MAE yang mencatat perbelanjaan secara automatik.

Jangan terkejut jika perbelanjaan bulanan anda lebih besar daripada kebiasaan

Tapi kalau tak ada akaun Maybank, boleh ke guna MAE? Jawapannya boleh dan nak tahu lebih lanjut tentang MAE, boleh klik DI SINI

5. Tetapkan Matlamat

Hidup tanpa apa-apa matlamat pasti akan rasa seperti tidak bermakna. Samalah macam kita mahu menyimpan. Jika sekadar menyimpan tanpa arah tuju, kita akan kurang bersemangat untuk lakukannya.

Maka jadikan menyimpan satu perkara yang seronok dengan tetapkan matlamat. Mungkin matlamat anda adalah untuk hantar ibu bapa pergi umrah, kahwin ataupun beli iphone 13.

Itu semua terserah, paling penting sekali anda miliki motivasi untuk menuju ke matlamat itu.

Baca juga 3 Kategori Matlamat Kewangan

Kesimpulannya, berilah segunung tips menyimpan wang sekalipun jika kita tiada inisiatif untuk menyimpan, segalanya akan gagal.

Bak kata orang dulu-dulu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Jadi, mula menyimpan hari ini hatta RM1 untuk memupuk minat ini secara perlahan-lahan.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.