LaburSantai
tips simpan duit untuk kahwin

Tips Simpan Duit Untuk Kahwin: Cara Mudah Tanpa Pening Kepala

Isi Kandungan :

Hari ini ramai orang yang sudah kongsikan tips simpan duit untuk kahwin dengan pelbagai cara kreatif. Tapi masalahnya, masih lagi ada yang cakap masih lagi tidak mampu menyimpan.

Ditambah pula dengan kos perkahwinan yang semakin tinggi.

Itu belum cerita lagi tentang hantaran, setiap level pendidikan ada nilainya tersendiri. Jadi apakah cara paling mudah untuk kumpul duit kahwin dalam masa yang sama kepala sentiasa tenang?

tips simpan duit untuk kahwin
Kredit: Gethow

1. Hapuskan Hutang

Hutang adalah masalah utama yang membelenggu kantung kewangan kita tanpa disedari. Hal ini ditambah lagi, kita semua sudah mudah untuk berhutang. Malah, beli barang di Shopee pun kita sudah boleh hutang.

Tapi salah ke nak berhutang?

Tak salah dan masalahnya adalah kita berhutang tanpa mengukur baju di badan sendiri. Selepas ini terapkan dalam diri, simpan, simpan dan simpan terlebih dahulu.

Tangguhkan seketika membuat hutang baru andai kata kita belum memerlukannya. Maka duit yang sepatutnya jadi hutang boleh disimpan untuk kahwin.

tips simpan duit untuk kahwin
Kredit: Scisports

2. Tetapkan Matlamat

Ini adalah tips simpan duit untuk kahwin paling penting iaitu tetapkan matlamat. Mungkin anda berimpian untuk berkahwin pada dua tahun akan datang dan wang yang perlu dikumpul pula adalah RM10,000.

Pastikan tempoh masa dan jumlah wang itu di dalam kemampuan anda. Jika tidak, ini akan menambah tekanan dalam diri hingga menyebabkan anda berputus asa.

Baca juga 3 Kategori Matlamat Kewangan

3. Simpan Di Instrumen Pelaburan

Duit dah ada tapi takt ahu nak simpan dekat mana? Menyimpan di instrumen pelaburan seperti ASB dan Tabung Haji adalah jawapan paling tepat.

Selain dapat menyimpan, anda juga akan memperolehi dividen dan hibah setiap tahun. Walaupun sedikit, paling tidak pun masih lagi mampu menjana keuntungan berbanding buat simpanan biasa.

Tambahan pula, anda tidak boleh mengusik wang di ASB dan Tabung Haji sesuka hati. Secara tidak langsung, akan mengelakkan kita daripada terguna wang tersebut.

Tak tahu nak buat simpanan di ASB macam mana? Boleh baca DI SINI.

4. Buat Kerja Sampingan

Dengan gaji minimum yang agak rendah hari ini, amat mustahil sebenarnya untuk kita bergantung kepada 1 kerja sahaja. Jadi melakukan kerja sampingan adalah perlu untuk membantu kantung kewangan kita di samping membuat simpanan.

Tapi macam mana pula kalau kita tidak miliki apa-apa kemahiran untuk melakukan kerja sampingan?

Mudah sahaja jika ada kereta boleh jadi pemandu grab bila masa terluang. Masa juga jika miliki motorsikal. Kalau tak ada juga, jangan risau kerana hari ini banyak sangat kerja sampingan yang boleh dilakukan tanpa melibatkan modal seperti dropship dan affiliate.

tips simpan duit untuk kahwin
Kredit: Hiboox

5. Kurangkan Perbelanjaan Harian

Tips simpan duit untuk kahwin yang terakhir adalah kurangkan perbelanjaan harian dan berjimat-cermat. Berjimat ni sampai ke makan Maggi setiap hari ke?

Bukan begitu, maksud berjimat di sini adalah utamakan keperluan terlebih dahulu. Contoh mudah, anda lapar dan anda pun beli makanan di kedai tepi jalan. Situasi itu akan bertukar menjadi kehendak apabila anda beli makanan di Nando’s.

Satu lagi sebelum beli apa-apa, sila buat perbandingan harga terlebih dahulu. Perkara paling penting adalah elakkan diri daripada terjerat dengan promosi.

Maka duit itu dapat disimpan untuk perkahwinan yang akan datang.

Baca juga Kawal Perbelanjaan Menggunakan Bajet Kewangan

Natijahnya, berilah sebanyak tips simpan duit untuk kahwin sekalipun jika tiada usaha, maka akan menambah tekanan sahaja.

Apa-apapun jangan jadikan perkahwinan sebagai satu beban sehingga mahu hantaran tidak masuk akal dan majlis yang gah.

Ini kerana kehidupan selepas kahwin lebih penting.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.