a wide variety http://www.rolex-replica.me/.

high quality swiss cheap replica watches hot sale.

we also offer other high quality rolex replicas swiss made.
LaburSantai
tshirt hitam

Tshirt Hitam Dan Lebihan Pengeluar

Isi Kandungan :

Pernah tak anda buka shopee untuk mencari tshirt berwarna hitam yang murah.

Anda pun scroll sehingga terjumpa tshirt murah yang berharga RM10 sehelai.

Belek punya belek, anda terlihat  bahawa tshirt itu berjenama gildan.

Hal ini membawa anda kepada peristiwa yang berlaku pada bulan lepas.

Ketika itu anda ada membeli tshirt hitam kumpulan rock SYJ berharga sekitar RM30 sehelai. Kebetulan juga tshirt tersebut berjenama gildan.

Hari ini anda rasa hairan bagaimana tshirt dengan jenama yang sama boleh miliki harga berbeza.

Ya tak boleh nafikan juga tshirt di shopee adalah plain sementara yang anda beli bulan lepas adalah bercetak.

Persoalannya sekarang adakah anda telah ditipu hidup-hidup oleh sang penjual?

Satu lagi pernah tak anda dengar ada orang suka cakap, beli dengan pembekal lebih murah berbanding peniaga?

Bagi membuktikan kenyataan ini anda pun pergi ke jeti nelayan seawal pagi untuk mencari ikan merah segar.

Paling memeranjatkan adalah ikan tersebut hanya dijual dengan harga RM15 seekor.

Tak lama lepas itu anda bergerak ke pasar untuk mencari sayur.

Orang cakap sambil menyelam minum air, anda pun pergi ke bahagian makanan laut untuk melihat harga ikan merah.

Seperti yang dijangka harga ikan merah menjadi agak mahal di pasar malah dikira melalui timbangan iaitu 1kg berharga RM25.

Masalahnya, adakah peniaga ikan merah tersebut adalah seorang penipu?

Lebihan pengeluar juga boleh berlaku kerana peningkatan permintaan terhadap sesebuah produk.

Macam mana tu?

Ingat tak masa mula-mula kerajaan laksanakan PKP angkara Covid-19?

Ketika itu harga facemask naik melambung tanpa sedar.

Bayangkan sahajalah untuk sekotak facemask ada yang sanggup jual sehingga mencapai angka RM140.

Padahal harga asal facemask bagi sekotak hanya sekitar RM30.

Ironinya, Malaysia adalah antara negara yang mengeluarkan facemask. Adakah peniaga bersikap kejam?

Jawapannya adalah tidak.

Itulah yang dipanggil sebagai lebihan pengeluar.

Apa itu lebihan pengeluar?

Secara asasnya lebihan pengeluar menunjukkan perbezaan harga asal sesebuah produk yang mampu dijual oleh peniaga dan harga sebenar produk itu dijual kepada pelanggan.

Tak faham sebab macam berbelit-belit?

Senang cerita adalah anda dapatkan satu produk dari pembekal berharga RM5 tetapi anda jual semula kepada pelanggan dengan nilai RM10.

Kalau masih tak faham juga, saya sediakan formula ringkas di bawah:

Lebihan pengeluar = Harga asal – harga dijual kepada pelanggan

Jadi kalau kita mengambil contoh daripada tshirt gildan tadi, anda dapat lihat lebihan pengeluar adalah RM20 (RM30-RM20).

Buat pengetahuan anda semua, para peniaga sangat gemarkan lebihan pengeluar yang besar.

Selepas ini jika anda ternampak beberapa produk agak sedikit mahal daripada harga asal, anggaplah sebagai lebih pengeluar.

Anda juga kena faham tiada peniaga yang akan menjual produk tersebut pada harga asal kerana mereka pun inginkan keuntungan walaupun hanya sekelumit sahaja.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.

www.buyrolexreplicawatchess.com

luxurywatch.io will be your best choice watches.

https://www.swissreplicas.co/ are all found here.