minyak masak

Turun Naik Harga Minyak Masak Dan Keluk Permintaan

Isi Kandungan :

Saya yakin anda semua sudah faham apa itu permintaan dan demand curve. Dalam artikel kali ini saya ingin membicarakan tentang cara bagaimana mahu membaca demand curve.

Mungkin ada di antara anda yang lupa bagaimanakah demand curve berfungsi. Tidak mengapa kita buat ulang kaji sedikit.

Secara asasnya demand curve adalah fungsi yang menunjukkan kuantiti sesebuah produk yang dibeli dengan harga berbeza.

Bermaksud, jumlah produk dan harganya masih lagi dibeli oleh pelanggan. Apa, anda masih tak faham? Saya akan sertakan contoh yang mudah dibawah.

Katakanlah harga minyak masak sebotol adalah RM33 di sebuah pasar raya, maka permintaan terhadap produk itu hanyalah 10 botol sahaja sehari.

Katakan juga harga minyak pada bulan lain turun kepada RM19 sebotol, maka permintaan meningkat kepada 25 botol sehari.

Beberapa bulan lepas itu harga minyak turun lagi kepada RM10 sebotol, maka permintaan terus meningkat kepada 45 botol sehari.

Inilah yang dikatakan sebagai demand curve. Masih kurang faham lagi, saya akan sediakan graf di bawah khas untuk anda.

graf demand curve

Anda boleh lihat dalam graf di atas, harga yang murah akan meningkatkan permintaan terhadap sesebuah produk.

Sekali lagi, inilah yang dipanggil sebagai demand curve.

Tapi kenapa dalam graf tu nampak seperti menurun? Poin utama dalam demand curve mestilah perlu menurun ke bawah.

Kenapa boleh jadi macam gitu?

Mudah, kita ini sebagai pembeli pasti inginkan produk ataupun perkhidmatan yang murah daripada biasa.

Jadi apabila harga barang jatuh, permintaan terhadap barang itu akan meningkat kerana mentaliti kita yang sentiasa mahukan harga murah. Tapi kan sekali imbas tengok graf tu macam pelik je, susah betul nak baca.

Dekat sini saya ada sediakan dua cara untuk baca graf tersebut.

Cara pertama adalah anda boleh baca secara mendatar. Dalam graf tersebut, harga minyak paling mahal adalah RM33 sebotol.

Kalau dibaca secara mendatar, anda akan dapat tahu pada harga tersebut, kita masih lagi mampu membeli minyak masak sebanyak 10 botol sehari.

Perhatikan garisan biru yang menunjukkan ianya menurun. Hal itu juga menunjukkan kita akan beli lagi banyak minyak masak apabila harganya menjadi RM10 sebotol.

Apa pula cara kedua, adakah sama ataupun berbeza?

Saya akan terangkan tapi anda kena fahamkan dulu lebih detail artikel ini. Apabila anda sudah faham, anda bersedia untuk mengetahui cara kedua.

Dekat mana nak tahu cara kedua?

Ok anda boleh tunggu dan baca artikel yang seterusnya.

Kongsikan manfaat artikel ini :

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Cetusan Minda

Setiap hari jumaat saya akan hantar emel yang membuka minda berkenaan kewangan. Isikan emel dibawah ini jika berminat dapatkan emel tersebut.

.

Cetusan Minda

Dapatkan emel mingguan setiap hari jumaat berkenaan kewangan. Berikut feedback orang yang dah dapat emel.

.